The One That Got Away
SAHABAT DUNIA SAHABAT SYURGA
Detik jam 12.00 malam, tanggal 5 june 2016 aku mendapat berita yang membuatkan aku terduduk terpaku selepas dapat panggilan dari group whatsapp, bahawa sahabat aku nik afiq farhan telah pergi meninggalkan aku.
Kehilangan Afiq seperti hilang nya separuh daripada diri aku, Allah menghadirkan beliau di dalam hidup aku untuk dia membimbing aku untuk berubah ke arah yang lebih baik sebab aku sangat sombong dengan tuhan.
Dia merupakan orang yang pertama menegur aku masa first day di asrama, masa waktu tu aku rasa sangat sepi sebab berjauhan dengan ibu and ayah, kawan kawan kat sana pun macam nak taknak je kawan masatu, dia sorang je layan aku dengan baik ajak aku pergi makan, riadah petang dan ajar aku masa prep
Aku dapat merasakan bahawa beliau adalah sahabat yang sebenarnya sahabat, dia tidak pernah lepas untuk mengejutkan aku untuk sembahyang subuh walaupun pada masa tu aku duduk di dorm lain.
bagi aku, permergian dia tu merupakan pemergian syahid di sisi allah, sebab pada masa tu arwah bersama abang dan ayah dia nak pergi ke ceramah agama di kuala selangor. pemergian beliau bagi aku sangat tragis dan amat menyedihkan apabila kereta yang dipandu oleh abang beliau hilang kawalan di satu selekoh dan terjunam di dalam sungai. daripada cerita abang dia yang terselamat, dia sempat tengok muka adik dia dan bapak bertarung nyawa tersepit di dalam kereta. Aku berasa sangat sangat sedih kerana aku dapat bayangkan pada masa tu macam mana dia bertarung untuk menyelamatkan diri dia. sebab setahu aku dia tak reti untuk berenang.... Allahuuuu sedih nya masa ni.
kehilangan dia sangat menyentuh hati aku sebab beberapa jam sebelum dia pergi dia hantar mesej kat aku, nk kirim buah tangan dari langkawi. Aku sangat sedih kerana tak dapat menunaikan permintaan terakhir dia :'(
Semoga kau tenang disana sahabat syurga,terima kasih kerana mengajar aku untuk lebih rapat dengan tuhan. nanti kan aku di padang mahsyar nanti. aku harap kita bersua lagi di jannah insyallah. tidurlah engkau sahabat syurga




:')
ReplyDelete