The One That Got Away
SAHABAT DUNIA SAHABAT SYURGA Detik jam 12.00 malam, tanggal 5 june 2016 aku mendapat berita yang membuatkan aku terduduk terpaku selepas dapat panggilan dari group whatsapp, bahawa sahabat aku nik afiq farhan telah pergi meninggalkan aku. Kehilangan Afiq seperti hilang nya separuh daripada diri aku, Allah menghadirkan beliau di dalam hidup aku untuk dia membimbing aku untuk berubah ke arah yang lebih baik sebab aku sangat sombong dengan tuhan. nik afiq yang ada kat belakang aku, pakai baju warna coklat berkopiah tu Dia merupakan orang yang pertama menegur aku masa first day di asrama, masa waktu tu aku rasa sangat sepi sebab berjauhan dengan ibu and ayah, kawan kawan kat sana pun macam nak taknak je kawan masatu, dia sorang je layan aku dengan baik ajak aku pergi makan, riadah petang dan ajar aku masa prep Aku dapat merasakan bahawa beliau adalah sahabat yang sebenarnya sahabat, dia tidak pernah lepas untuk mengejutkan aku untuk sembahyang subuh walaupu...